Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari
Published on: Thursday, February 26, 2026
Published on: Thu, Feb 26, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari
Di Pantai Barat, Arthur berkata hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.
Kota Kinabalu: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memantau secara rapi situasi di Sabah yang dijangka terus mengalami corak cuaca lembap dalam tempoh lima hari akan datang.

Menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sabah dijangka menerima pengaruh angin timuran dan baratan yang lemah sepanjang tempoh berkenaan.

Advertisement
“Keadaan ini meningkatkan kelembapan atmosfera dan berpotensi menyebabkan hujan serta ribut petir di beberapa tempat di Sabah,” katanya.

Di Pantai Barat, Arthur berkata hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata di  Pedalaman pula, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di awal dan akhir tempoh ramalan, manakala hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.

Beberapa tempat di Sandakan, Tawau dan Kudat juga dijangka mengalami hujan pada waktu pagi, diikuti hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.

Advertisement
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan MetMalaysia memastikan penyaluran maklumat dan amaran cuaca ini dilakukan secara agresif dan tepat pada waktunya.

“Saya mahu rakyat Sabah mendapat akses kepada data ramalan yang sahih dan terkini supaya sebarang risiko bencana akibat cuaca lembap ini dapat diuruskan dengan lebih berkesan di peringkat komuniti,” katanya.

Advertisement
Beliau meminta seluruh rakyat Sabah supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut terutama pada waktu petang serta malam dan mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara itu menerusi saluran rasmi seperti aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my atau media sosial MetMalaysia untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here