Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Sektor pertanian terus jadi enjin pertumbuhan Sabah: Ketua Menteri
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
Text Size:
Text:
Sektor pertanian terus jadi enjin pertumbuhan Sabah: Ketua Menteri
Hajiji turut menyeru komuniti peladang, penternak dan nelayan di Sabah agar lebih terbuka menerima perubahan dan meneroka teknologi baharu dalam amalan pertanian serta pengurusan ladang secara moden. 
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri kekal komited memastikan sektor pertanian terus menjadi enjin pertumbuhan dan pemacu ekonomi Sabah yang lebih dinamik dan berdaya tahan. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sektor pertanian bukan sekadar penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri, malah memainkan peranan kritikal dalam menjamin keterjaminan makanan negara. 

Advertisement
“Sektor ini menyumbang sebanyak RM12.2 bilion atau 14.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah. 

“Maka kerajaan negeri memberi keutamaan untuk terus memperkasa bidang ini dengan pendekatan lebih strategik dan inklusif,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penutupan HPPNK 2025.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta barisan kepimpinan negeri dan persekutuan. 

Hajiji berkata sebagai negeri yang kaya dengan sumber tanah subur dan iklim tropika yang sesuai untuk pertanian, Sabah mengambil pendekatan berani dalam menyokong agenda keterjaminan makanan nasional.  

Advertisement
Katanya, antara langkah konkrit termasuk penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah pada tahun lalu — setelah ditutup pada 1981 — bagi memperkasa industri padi tempatan dan meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras kepada 30 peratus menjelang 2026 dan 60 peratus menjelang 2030. 

“Langkah ini selaras dengan keutamaan Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar yang memberi perhatian terhadap kepentingan sektor pertanian, khususnya penanaman padi dan pengeluaran beras tempatan,” katanya. 

Advertisement
Beliau menekankan kepentingan penggunaan teknologi moden seperti Internet of Things (IoT) dan pertanian pintar (smart farming) bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran, menjana produktiviti lebih tinggi dan menarik minat golongan muda.

Katanya, Sabah kini mempunyai 15 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya menghasilkan lebih 1,494 metrik tan hasil makanan dan menjana pulangan melebihi RM4.32 juta setakat ini. 

Hajiji turut memaklumkan pelaburan strategik berimpak tinggi pertama dalam sektor Ekonomi Biru, iaitu pembangunan pelabuhan pendaratan ikan Tuna dan hasil laut dalam bertaraf Kesatuan Eropah di Kota Kinabalu oleh Kerajaan Negeri bersama syarikat tempatan dengan nilai pelaburan mencecah RM360 juta. 

Menurutnya, pelabuhan berkenaan dijangka mendaratkan 50,000 tan ikan tuna setahun, dengan potensi menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion setahun, sekali gus meletakkan Sabah sebagai antara pemain utama industri perikanan laut dalam. 

Hajiji turut menyeru komuniti peladang, penternak dan nelayan di Sabah agar lebih terbuka menerima perubahan dan meneroka teknologi baharu dalam amalan pertanian serta pengurusan ladang secara moden. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here