PROGRAM Skuad Waja yang boleh disertai secara sukarela adalah salah satu saluran yang boleh membantu wanita dan kanak-kanak di negeri ini yang terdedah kepada pelbagai bentuk keganasan, penganiayaan dan jenayah.Dengan menekankan dua modul iaitu EARS dan Wanita Anti Jenayah (Waja) sebagai formula untuk membantu golongan bermasalah ini, pelbagai agensi kerajaan dan swasta berkaitan wanita menggembleng tenaga sejak tahun lalu memperkenalkan program ini.
Program ini dibangun dan diselia Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan harapan mewujudkan komuniti wanita yang membantu rakan-rakan wanita lain yang bermasalah.
Advertisement





