Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah, sekolah
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah, sekolah
Mustapha berkata pendedahan awal mengenai risiko penggunaan Internet amat penting memandangkan ancaman siber ketika ini semakin dekat dengan kehidupan harian masyarakat, khususnya golongan muda.
KOTA KINABALU: Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah dan sekolah supaya tiada siapa menjadi mangsa jenayah dalam talian termasuk buli siber, penipuan serta penggodaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata pendedahan awal mengenai risiko penggunaan Internet amat penting memandangkan ancaman siber ketika ini semakin dekat dengan kehidupan harian masyarakat, khususnya golongan muda.

Advertisement
“Seperti yang kita sedia maklum, sekarang banyak kes buli siber, penipuan dan penggodaman yang boleh berlaku semasa kita melayari Internet. Di Sabah, kes penipuan sahaja mencatatkan 321 aduan pada tahun lepas manakala 152 aduan lagi sehingga suku kedua tahun ini. Kita berharap angka ini terus menurun.

“Untuk kes penggodaman, sebanyak 159 aduan direkodkan tahun lepas manakala setakat suku kedua tahun ini, 30 aduan direkodkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Daerah Kota Kinabalu 2026 di Kampung Darau Laut, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Karnival itu dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 

Mustapha berkata usaha membendung jenayah siber perlu diberi tumpuan dari peringkat sekolah kerana kesedaran generasi muda perlu dipupuk dari awal, dengan mesej utama yang perlu disampaikan ialah memastikan mereka memahami bahaya dan tidak terlibat dalam jenayah siber.

Advertisement
Beliau turut menasihatkan pengguna Internet supaya sentiasa berhati-hati, memastikan kesahihan sumber maklumat dan tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam talian yang berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada program itu, pengunjung didedahkan kepada keselamatan Internet termasuk secara interaktif menerusi teknologi Realiti Maya (VR) dan sesi audio siar atau podcast secara langsung bertemakan “Internet Selamat Tanggungjawab Bersama”.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here