KUNAK: Polis sedang menyiasat kecurian sebuah peti tabung dari Masjid Nurul Iman di Pekan Kunak pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Rejali Ak Angong, berkata kes itu sedang diteliti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang individu mengangkat sebuah peti tabung masjid keluar dari premis berkenaan.
Advertisement
.gif)
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
Laporan polis sudah dibuat dan rakaman CCTV telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta tampil membantu dalam siasatan.
Sementara itu, satu hantaran di Facebook rasmi Masjid Nurul Iman Pekan Kunak menunjukkan rakaman CCTV tersebut memaparkan imej seorang lelaki berpakaian gelap dan berseluar pendek sedang mengangkat satu peti kayu dipercayai tabung masjid tersebut.
Tabung itu kemudian ditemukan di luar pagar masjid berkenaan.