Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Prosedur kelahiran tidak seragam, kelemahan undang-undang cetus krisis tanpa kerakyatan
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
Prosedur kelahiran tidak seragam, kelemahan undang-undang cetus krisis tanpa kerakyatan
“Kita bukan sekadar membincangkan soal dokumentasi, tetapi soal kelangsungan hidup, pendidikan dan rasa memiliki dalam masyarakat,” tegas Anak kepada pembuat dasar.
Kota Kinabalu: Pengarah Eksekutif Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (Anak), Anne Baltazar, berkata prosedur pendaftaran kelahiran yang tidak seragam dan rumit, selain kelemahan undang-undang, secara aktif mewujudkan serta memburukkan lagi krisis yang menjejaskan ribuan kanak-kanak di seluruh Sabah.

Beliau menegaskan sistem sedia ada mendorong berlakunya masalah tanpa kerakyatan, pengasingan dan kerentanan serius, dengan komuniti pribumi serta keluarga di kawasan luar bandar dan pedalaman paling terkesan.

Advertisement
Katanya, walaupun ibu bapa di Semenanjung Malaysia diberikan tempoh 60 hari untuk mendaftarkan kelahiran, Sabah hanya membenarkan tempoh 45 hari.

Pendaftaran lewat pula memerlukan kelulusan tambahan daripada Mahkamah Majistret, satu proses yang memerlukan kos serta masa tambahan dan hampir mustahil dilaksanakan bagi penduduk di kawasan pedalaman atau berhampiran sempadan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tujuh daripada 10 daerah termiskin bagi kanak-kanak di Malaysia terletak di Sabah, di mana faktor jarak, keadaan jalan yang kurang baik dan kos pengangkutan yang tinggi telah menyebabkan ramai keluarga terpinggir daripada akses perkhidmatan asas,” katanya.

“Masalah tanpa kerakyatan di sini bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya berpunca daripada kelemahan sistem serta jurang perundangan. Ia bukan sahaja menjejaskan kumpulan migran, malah kanak-kanak pribumi di kawasan pedalaman yang keluarganya telah menetap di sini sejak beberapa generasi tetapi masih tidak memiliki dokumen rasmi,” tambah Anne.

Advertisement
Dapatan kajian menunjukkan hanya 6.1 peratus kanak-kanak di Sabah yang ditinjau memenuhi piawaian asas bagi persekitaran hidup yang selamat.

Dalam kalangan kanak-kanak tidak berdokumen, hanya 0.6 peratus mencapai tahap minimum bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang mencukupi.

Advertisement
“Jurang ini secara langsung menyebabkan kadar imunisasi yang rendah, yang dikaitkan dengan wabak polio yang direkodkan di Sabah sebelum pandemik Covid-19, selain meningkatkan risiko eksploitasi, buruh kanak-kanak dan pemerdagangan manusia,” tegasnya.

Anak menggesa beberapa pembaharuan segera dilaksanakan: 
  • Menyamakan tempoh pendaftaran kelahiran di seluruh Malaysia;
  • Memansuhkan keperluan mendapatkan kelulusan Majistret bagi pendaftaran lewat;
  • Memperluaskan perkhidmatan pendaftaran bergerak ke kawasan pedalaman dan sempadan; 
  • meminda Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi semua kanak-kanak tanpa mengira status dokumentasi; 
  •  Menamatkan penahanan kanak-kanak di bawah undang-undang imigresen; dan 
  • Membatalkan baki reservasi (pengecualian) Malaysia terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC).

“Kita bukan sekadar membincangkan soal dokumentasi, tetapi soal kelangsungan hidup, pendidikan dan rasa memiliki dalam masyarakat,” tegas Anak kepada pembuat dasar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here