Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Tenom bakal miliki jeti nelayan darat baharu
Published on: Saturday, June 20, 2026
Published on: Sat, Jun 20, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Tenom bakal miliki jeti nelayan darat baharu
JAMAWI bersama Jurutera Ko Nelayan, JPS Tenom, JKR Tenom, Pegawai pertanian Tenom dan pegawai Maffi selepas tinjauan lokasi pembinaan jeti itu.
Tenom: Golongan nelayan darat di daerah ini bakal menikmati kemudahan yang lebih selesa menerusi pembinaan sebuah jeti nelayan darat baharu di bawah jambatan baharu Tenom.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jafar berkata kemudahan itu dibina khusus bagi memudahkan komuniti nelayan darat di Sungai Padas dan Sungai Pegalan memasarkan hasil tangkapan mereka secara lebih sistematik dan efisien.

Advertisement
Beliau berkata jeti berkenaan bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pendaratan ikan, malah akan menjadi hab ekonomi setempat yang membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka terus kepada pembeli.

“Jeti nelayan darat ini akan dibina di bawah jambatan baharu. Selain menjadi pusat pendaratan ikan, ia akan berfungsi sebagai hab ekonomi setempat untuk nelayan memasarkan hasil mereka secara terus kepada pembeli,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar, satu lawatan tapak diadakan bagi meninjau serta memuktamadkan reka bentuk jeti berkenaan.

Lawatan kerja itu turut disertai Jurutera Ko-Nelayan Azizul, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tenom Lahaman, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom Raffee, Pegawai Pertanian Daerah Tenom Fauzi Gulam serta pegawai kanan kementerian.

Advertisement
Sementara itu, Jamawi berkata kawasan tapak ban tebatan banjir JPS di sekitar jeti berkenaan turut akan dibangunkan secara menyeluruh sebagai kawasan rekreasi keluarga berkonsepkan esplanad.

Menurutnya, pembangunan itu akan dilengkapi dengan kiosk jualan dan gerai bagi menyediakan ruang perniagaan yang lebih tersusun kepada usahawan tempatan.

Advertisement
Selain itu, kemudahan rekreasi seperti laluan joging dan ruang santai di tepi sungai turut disediakan bagi kegunaan orang ramai.

Beliau berkata fasa perancangan projek kini berada pada peringkat akhir dan semua pihak yang terlibat berharap pelaksanaannya dapat dipermudahkan bagi merancakkan sosioekonomi serta meningkatkan aktiviti pelancongan domestik di daerah ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here