Sun, 21 Jun 2026
Headlines:
Zainudin SKN Sabah baharu
Published on: Friday, June 19, 2026
Published on: Fri, Jun 19, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Zainudin SKN Sabah baharu
Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Zainudin Aman (gambar) dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa 29 Jun ini.

Pelantikan Zainudin bagi menggantikan Datuk Seri Safar Untong yang akan tamat perkhidmatannya pada 28 Jun diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan media, Khamis.

Advertisement
Hajiji berkata pelantikan itu diharap dapat memperkasakan lagi perkhidmatan awam Sabah supaya terus maju dan berdaya saing dalam melaksanakan transformasi pentadbiran negeri.

“Usaha ini penting dalam memastikan kemajuan dan kecemerlangan berterusan sekali gus dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik demi kemakmuran rakyat dan negeri ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Safar yang telah berkhidmat dengan penuh cemerlang, dedikasi, berhemah dan berintegriti sejak menggalas tugas berkenaan pada 2019.

Safar juga telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Jabatan Ketua Menteri berkuat kuasa 1 Jun lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here