Sun, 21 Jun 2026
Headlines:
Persatuan Perkhidmatan Paliatif Kota Kinabalu bakal anjur konsert amal, sasar kutip dana RM300,000
Published on: Friday, June 19, 2026
Published on: Fri, Jun 19, 2026
Text Size:
Text:
Persatuan Perkhidmatan Paliatif Kota Kinabalu bakal anjur konsert amal, sasar kutip dana RM300,000
MATHAN (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Musa (empat dari kanan).
Kota Kinabalu: Persatuan Perkhidmatan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM300,000 menerusi penganjuran Konsert Makan Malam Amal pada bulan September hadapan.

Pengerusi Penganjur Dr Mathan Mohan Rao berkata konsert itu dianjurkan bagi mengumpul dana untuk meneruskan perkhidmatan penjagaan paliatif serta memastikan kelangsungan operasi persatuan bagi membantu pesakit yang menghadapi penyakit serius mendapat akses kepada rawatan serta sokongan berkualiti.

Advertisement
“Kami akan mengadakan konsert bertemakan ‘Feel The Fire, Live The Groove’ iaitu sebuah acara makan malam amal dan persembahan hiburan yang menampilkan

The Australian Bruno Mars Show yang dijangka diadakan pada 19 September bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini amat penting bagi memastikan persatuan kami dapat terus beroperasi pada tahun ini kami menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 150 meja.

“Tahun lalu kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM250,000 untuk persatuan dan tahun ini pula sasaran kami adalah sekitar RM300,000 bagi memastikan persatuan ini dapat terus beroperasi dan meneruskan usaha membantu masyarakat.

Advertisement
“Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan home care dan day care serta membantu pesakit yang menghidap pelbagai penyakit yang tidak dapat disembuhkan, bukan sahaja kanser tetapi penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, penyakit jantung, penyakit buah pinggang serta geriatric,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada Khamis.

Beliau menjelaskan dana tersebut turut digunakan untuk melatih sukarelawan agar mereka lebih berkemahiran dalam menjaga dan membantu pesakit.

Advertisement
“Secara keseluruhannya kami memerlukan sekurang-kurangnya RM600 ribu setahun bagi menampung kos operasi persatuan termasuk seorang doktor sepenuh masa, empat jururawat, dua kakitangan pentadbiran serta seorang pemandu,” jelasnya.

Tambahnya PCAKK turut merancang untuk memiliki premis sendiri pada masa akan datang dan sedang berusaha mendapatkan sokongan dana bagi merealisasikan perancangan tersebut.

Sementara itu Patron Penjagaan Paliatif Meng Tan berkata kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk menjemput Tun Musa ke majlis makan malam amal berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here