Thu, 25 Jun 2026
Headlines:
Arthur: Nabawan kini miliki bangunan Pusat Tingkatan Enam
Published on: Tuesday, June 23, 2026
Published on: Tue, Jun 23, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Arthur: Nabawan kini miliki bangunan Pusat Tingkatan Enam
Arthur berkata membangunkan kawasan pedalaman di Sabah khususnya Pensiangan bukanlah suatu tugas mudah kerana ia memerlukan perancangan rapi serta pelaksanaan pelan tindakan jangka panjang tersusun.
KOTA KINABALU: Daerah Nabawan kini memiliki bangunan Pusat Tingkatan Enam pertamanya sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman Sabah.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata prasarana sekolah yang telah lama dinantikan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan lebih berkualiti kepada pelajar di daerah berkenaan.

Advertisement
“Dengan adanya bangunan Pusat Tingkatan 6 dilengkapi pelbagai kemudahan khas untuk pelajar dan guru, impian saya untuk membangunkan pendidikan bangsa dan daerah di Parlimen Pensiangan kini semakin menjadi realiti,” katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya, Isnin.

Nabawan merupakan antara daerah dalam Parlimen Pensiangan yang terletak di Selatan Sabah kira-kira 179 kilometer dari Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Arthur berkata membangunkan kawasan pedalaman di Sabah khususnya Pensiangan bukanlah suatu tugas mudah kerana ia memerlukan perancangan rapi serta pelaksanaan pelan tindakan jangka panjang tersusun.

“Perancangan pelan pembangunan ini bermula dengan rangkaian jalan raya utama lebih baik sehingga ke Pagalungan-Pensiangan dan ke sempadan Kalimantan, Indonesia, selain pembangunan 55 menara telekomunikasi, sebuah kilang kopi di Sapulut, kemudahan prasarana ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Advertisement
Dalam sektor pendidikan pula Arthur berkata tiga sekolah baharu sudah siap dibina iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusmadi, Sekolah Kebangsaan (SK) Inandung dan SK Simbuan, manakala empat lagi sedang dalam pembinaan iaitu SK Rancangan Belia Tiulon, SK Ambual, SMK Dalit dan SK Pensiangan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here