Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Penganggur dipenjara miliki harta curi
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur dipenjara miliki harta curi
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 atau penjara dua bulan lagi oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki harta curi.

Hadirkhan Azizullah, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan memiliki sebuah tong gas berwarna kuning, dapur gas satu tungku bersama kaki serta sebuah beg pakaian berwarna kelabu yang mengandungi pakaian milik Marsidi Marsu.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di kawasan parkir Skim Penempatan Telipok kira-kira jam 6 petang pada 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa barang-barang tersebut dilaporkan hilang selepas rumah pengadu dipecah masuk.

Hasil siasatan polis menahan Hadirkhan dan menemui semula tong gas, dapur gas serta beg pakaian yang mengandungi pakaian dalam milik tertuduh.

Advertisement
Pengadu kemudian mengesahkan semua barangan yang dirampas adalah miliknya.

Dalam kes berasingan seorang lelaki didenda RM3,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi.

Advertisement
Alven Noel mengaku dengan sengaja melupuskan sebuah peti wang berwarna putih milik Felicity Sindin dengan membuangnya di kawasan semak di Kampung Kituau, Penampang pada jam 4 petang, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 28 Mei lalu, pengadu mendapati pintu dan mangga kedainya di Kampung Tulung Pork Shop di Inobong, Penampang telah dirosakkan.

Pemeriksaan di dalam premis mendapati sebuah peti wang dan sebuah unit kamera litar tertutup (CCTV) berkuasa solar telah dicuri menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM1,700.

Polis menahan Alven di sebuah rumah di Kampung Limbanak, Penampang pada 4 Jun lalu.

Semasa siasatan tertuduh membawa polis ke kawasan semak di Kampung Kituau, tempat peti wang yang dicuri itu dibuang.

Pengadu kemudiannya mengesahkan peti wang yang ditemui semula itu adalah miliknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here