Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Pertimbang bina stesen janakuasa baharu di Pantai Timur: DAP
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pertimbang bina stesen janakuasa baharu di Pantai Timur: DAP
Yap berkata cadangan itu dilihat sebagai langkah strategik untuk menambah kapasiti penjanaan elektrik, memandangkan pembinaan grid penghantaran sahaja tidak mencukupi untuk menjamin keperluan tenaga jangka panjang di Pantai Timur Sabah.
TAWAU: Kerajaan digesa mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah stesen janakuasa baharu di Pantai Timur Sabah agar tidak lagi terus bergantung kepada bekalan dari Pantai Barat.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata cadangan itu dilihat sebagai langkah strategik untuk menambah kapasiti penjanaan elektrik, memandangkan pembinaan grid penghantaran sahaja tidak mencukupi untuk menjamin keperluan tenaga jangka panjang di Pantai Timur Sabah.

Advertisement
Katanya, pembangunan pesat yang sedang dan bakal berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang pastinya akan meningkatkan permintaan tenaga secara ketara.

“Langkah tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan tenaga negeri, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang lebih pesat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika kita benar-benar mahu membangunkan Pantai Timur Sabah sebagai hab ekonomi yang lebih maju, maka penyelesaian terhadap isu tenaga mesti menjadi keutamaan,” katanya.

Menurutnya, sektor pelancongan, perkilangan, logistik, pemprosesan makanan dan minuman serta pelbagai industri lain akan mendapat manfaat sekiranya isu bekalan elektrik dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Advertisement
Dalam masa yang sama, Philip berharap pelaksanaan Projek Sabah Southern Madani Link (SSML) yang sudah lama dinantikan rakyat – untuk melihat isu bekalan elektrik selesai – dapat disiapkan mengikut jadual  ditetapkan.

SSML melibatkan pembinaan rangkaian grid elektrik 275kV menghubungkan Sipitang, Tenom, Kalabakan dan berakhir di Tawau.

Advertisement
Katanya, mengikut perancangan semasa, fasa pertama yang melibatkan laluan Sipitang ke Padas sepanjang 60 kilometer dijangka siap pada 2028, manakala fasa kedua yang merangkumi laluan Padas ke Tawau sepanjang kira-kira 270 kilometer dijadualkan siap menjelang 2030.

Beliau berkata, kejayaan menyiapkan projek tersebut sekiranya mengikut jadual bakal memberi impak besar kepada kestabilan bekalan elektrik di seluruh Pantai Timur Sabah.

“Projek ini bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi pelaburan untuk masa depan rakyat dan pembangunan ekonomi Sabah secara keseluruhannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Philip berkata, projek SSML yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam menangani cabaran bekalan elektrik yang sudah lama membelenggu Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur.

“Apabila melihat projek SSML ini akhirnya dilaksanakan, saya berasa amat gembira dan bersyukur. Apa yang penting bukan siapa yang mencadangkan, tetapi rakyat akhirnya mendapat manfaat daripada penyelesaian isu bekalan elektrik ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here