Mon, 22 Jun 2026
Headlines:
GRS giat bersedia hadapi Pilihan Raya Umum
Published on: Friday, June 19, 2026
Published on: Fri, Jun 19, 2026
By: Larry Ralon, Mohd Ameerul Amde
Text Size:
Text:
GRS giat bersedia hadapi Pilihan Raya Umum
HAJIJI bersama ahli Majlis Tertinggi GRS sebelum mesyuarat.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempergiat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan melantik enam pengerusi zon bagi menyelaras operasi serta memantau kesiapsiagaan jentera gabungan itu di seluruh Sabah.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelantikan tersebut bertujuan menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan laporan mengenai tahap kesiapsiagaan bahagian-bahagian GRS di kawasan masing-masing.

Advertisement
Beliau berkata GRS akan memilih calon dengan peluang terbaik untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

“Kita akan mencari mereka yang boleh menang. Itulah pendirian GRS,” katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa semua parti komponen GRS kini menggunakan logo GRS, manakala sebarang keputusan melibatkan rakan lain dalam kerajaan bagi menghadapi PRU masih belum ditentukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam mesyuarat ini, kita membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Untuk menghadapi pilihan raya ini, kita memperkukuh jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah.

“Sebagai sebahagian daripada persiapan ini, kita turut melantik enam pengerusi zon di Sabah. Tujuannya ialah untuk menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan laporan mengenai kesiapsiagaan bahagian mengikut zon masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Khamis.

Advertisement
Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata Zon 1 yang merangkumi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran akan dipengerusi-kannya sendiri.

Zon 2 yang meliputi Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS merangkap Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun.

Advertisement
Zon 3 yang merangkumi Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang pula akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS merangkap Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman.

Zon 4 yang meliputi Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS merangkap Presiden Pemangku Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Zon 5 yang merangkumi Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS merangkap Presiden PCS, Datuk Chin Su Phin.

Sementara itu, Zon 6 yang meliputi Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS merangkap Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.

Hajiji berkata semua presiden parti komponen yang dilantik akan mengetuai zon masing-masing sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya Parlimen.

Menurut beliau, walaupun penggal Parlimen semasa hanya berakhir pada penghujung tahun depan, GRS perlu memulakan persiapan lebih awal.

“Apa yang penting ialah kerjasama dan perpaduan dalam kalangan parti komponen GRS serta parti-parti rakan dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah. Ini penting kerana kita mahu memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya Parlimen akan datang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here