Mon, 22 Jun 2026
Headlines:
Upko layak sertai GRS: Ewon
Published on: Saturday, June 20, 2026
Published on: Sat, Jun 20, 2026
Text Size:
Text:
Upko layak sertai GRS: Ewon
Ewon turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersatu bersama GRS bagi menjayakan visi Sabah First, Sabah Prosper, Sabah United.
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) komited menyumbang kepada usaha memperkukuh dan memperkasakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menerajui kepimpinan, pentadbiran dan pembangunan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata komitmen itu dibuat susulan penerimaan Upko sebagai parti komponen GRS selepas permohonannya untuk menyertai gabungan terbabit diterima secara rasmi pada Khamis.

Advertisement
Timbalan Ketua Menteri III itu turut merakamkan penghargaan kepada Hajiji selaku Pengerusi GRS serta ahli Majlis Tertinggi gabungan berkenaan kerana menerima Upko sebagai parti komponen.

“GRS adalah satu-satunya gabungan parti tempatan di Sabah justeru ia seharusnya menjadi wadah sebenar kepada parti-parti politik dari Sabah. Hanya parti tempatan Sabah benar-benar memahami hala tuju Sabah dalam membangunkan masa depannya berdasarkan apa yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersatu bersama GRS bagi menjayakan visi Sabah First, Sabah Prosper, Sabah United.

Kemasukan Upko menjadikan GRS kini dianggotai enam parti komponen, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Upko.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here