Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Lelaki direman, bantu siasatan kes curi wang di premis penginapan
Published on: Sunday, June 14, 2026
Published on: Sun, Jun 14, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki direman, bantu siasatan kes curi wang di premis penginapan
RANAU: Seorang lelaki warga Indonesia direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes kecurian wang tunai di sebuah premis penginapan di Kundasang bulan lepas.

Perintah reman diperoleh polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Menurut kertas siasatan, kes itu dilaporkan pada 27 Mei selepas seorang wanita berusia 27 tahun mendapati wang tunai RM300 di dalam dompetnya, yang ditinggalkan di dalam bilik penginapan berkenaan, didakwa hilang.

Pengadu memaklumkan dia menyedari kehilangan wang itu kira-kira jam 7 pagi sebelum keluar bersarapan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia mendakwa pihak pengurusan sebelum itu telah mengatur kerja pembaikan kunci pintu bilik ketika dia dan keluarganya tiada di bilik berkenaan.

Susulan siasatan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun di Kampung Mesilou, Kundasang pada 11 Jun.

Advertisement
Dokumen siasatan turut mendedahkan suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika ditahan.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun direman empat hari bermula 14 Jun untuk membantu siasatan kes pemilikan dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Suspek ditahan kira-kira 7 malam 12 Jun di kawasan letak kereta Hospital Ranau semasa operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

Polis dilaporkan menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 0.09 gram di dalam kotak rokok milik suspek. Satu pemetik api juga dirampas.

Suspek ditahan susulan penemuan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here