Sat, 20 Jun 2026
Headlines:
Peniaga bebas tuduhan liwat remaja lelaki
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Peniaga bebas tuduhan liwat remaja lelaki
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 54 tahun dibebaskan daripada dua pertuduhan meliwat dan meminta seorang remaja lelaki melakukan seks oral terhadapnya tanpa perlu dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan melepas dan membebaskan Tay Chee Leong selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Tay didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap remaja berusia 13 tahun itu dengan meliwatnya di sebuah hotel di Papar pada 11 November 2023.

Bagi pertuduhan kedua, Tay didakwa meminta remaja yang sama melakukan seks oral dan menyentuh kemaluan tertuduh di sebuah kedai runcit di Papar pada 11 November 2021.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan telah memanggil seramai tujuh saksi untuk memberi keterangan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala Tay diwakili oleh barisan peguam bela Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali, Nigel Neong Kaning dan Sarah Chin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here