Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Lelaki pukul remaja hingga cedera didenda
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki pukul remaja hingga cedera didenda
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 26 tahun didenda RM1,400 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah mencederakan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam pertikaian membabitkan sebuah troli sampah di sebuah pusat beli-belah di bandar ini.

Yusran Sajid membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan melakukan kesalahan tersebut di kawasan pembuangan sampah di Aras 3, Suria Sabah, kira-kira jam 9 malam pada 29 April lalu.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah memberitahu mahkamah bahawa pergaduhan tercetus selepas troli sampah yang dikendalikan kedua-dua pihak bertembung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tertuduh kemudian menumbuk mangsa pada bahagian mata kanan, dahi dan dagu serta menendang kaki kiri mangsa.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk luka pada dahi.

Advertisement
Mahkamah turut diberitahu bahawa Yusran mengugut untuk memukul semula mangsa sekiranya mereka bertemu di luar premis berkenaan.

Tertuduh ditahan pada 30 April selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Advertisement
Yusran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran bagi memberi kesan pencegahan.

Sementara itu dua individu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melupuskan secara tidak jujur sebuah bungkusan yang dilaporkan dicuri.

Syahfis Sakaran, 36, dan Salina Danan, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan bungkusan milik Adlin Nadira di sebuah unit di Angkasa Apartment pada 6 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Pendakwa Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh menerusi peguam masing-masing memohon jumlah jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,600 setiap seorang dengan seorang penjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here