“Sebanyak 112 premis makanan menerima penarafan empat bintang manakala 117 lagi memperoleh penarafan tiga bintang,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Beliau berkata sejak 2014 DBKK menggunakan sistem Penarafan Bintang (Star Rating - SR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menilai tahap kebersihan tandas di premis komersial dalam kawasan pentadbirannya.
Jelas beliau pemilik premis diberikan markah berdasarkan pematuhan terhadap kriteria yang ditetapkan dalam enam kategori berasingan di bawah borang penilaian sistem SR.
Di bawah sistem tersebut penarafan lima bintang, iaitu markah antara 91 hingga 100 peratus menunjukkan tandas berada pada tahap “amat bersih” manakala penarafan sifar bintang iaitu markah 50 peratus atau ke bawah menunjukkan kemudahan itu berada dalam keadaan “kotor”.
Jurucakap itu berharap pengusaha premis makanan sekurang-kurangnya dapat mengekalkan pencapaian antara 81 hingga 90 peratus dalam penilaian kebersihan tandas.
“Pencapaian ini membolehkan mereka memperoleh penarafan empat bintang yang menunjukkan tandas di premis mereka berada dalam keadaan bersih, menawan dan wangi,” katanya.
Beliau berkata DBKK telah mengemas kini syarat lesen premis makanan dengan memasukkan aspek kebersihan tandas serta kawalan makhluk perosak sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan di sekitar ibu negeri.
“Pengusaha perlu memperoleh sekurang-kurangnya penarafan empat bintang bagi tahap kebersihan tandas dan mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus di bawah Sistem Penggredan Premis Makanan (Food Premises Grading System - FPGS) yang diperkenalkan oleh kementerian bagi menilai keadaan premis mereka.
“Selain itu kerja-kerja kawalan makhluk perosak perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan dan premis tidak boleh menunjukkan sebarang tanda kehadiran haiwan perosak seperti tikus, lipas atau lalat,” tegasnya.
Beliau menambah di bawah sistem FPGS premis yang memperoleh gred A dengan markah 86 hingga 100 peratus dikategorikan sebagai “amat bersih” manakala gred D dengan markah 50 peratus atau ke bawah diklasifikasikan sebagai “tidak bersih”.
“Premis makanan yang memperoleh markah antara 71 hingga 85 peratus pula dianggap sebagai ‘bersih’, selaras dengan garis panduan kementerian,” katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa semua pengusaha premis makanan supaya meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing serta memastikan makanan yang disajikan kepada pelanggan sentiasa selamat dan berkualiti.




.gif)


