SIPITANG: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux di Jalan Beaufort-Sipitang, Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang Desmond Ak Micky @ Dominic berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.47 petang.
Advertisement
.gif)
“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.
“Operasi turut melibatkan penggunaan jentera CFRT, FRT, kenderaan Navara dan EMRS.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang mangsa yang terlibat telah keluar sendiri dari kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, Selasa.
Desmond berkata pasukan EMRS kemudian memberikan rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sipitang menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut.