Sat, 20 Jun 2026
Headlines:
AIFA: Chatbot pintar MCMC bantu semak kesahihan maklumat
Published on: Thursday, June 18, 2026
Published on: Thu, Jun 18, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
AIFA: Chatbot pintar MCMC bantu semak kesahihan maklumat
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus berusaha dalam membantu masyarakat untuk menyemak kesahihan maklumat dan berita palsu. 

Ahli Suruhanjaya MCMC, Prof Mohamad Salmi Mohd Sohod, berkata ini termasuk penggunaan Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) atau chatbot pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi sebagai pembantu maya pelbagai bahasa yang membolehkan orang ramai membuat sebarang pertanyaan berkaitan. 

Advertisement
Jelasnya, avatar ini boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil selain usaha untuk membolehkan soalan sama dapat dijawab dalam pelbagai bahasa etnik tempatan.

Ini khususnya relevan bagi negeri seperti Sabah, yang mempunyai lebih 34 etnik, serta Sarawak. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hari ini, berita pantas sering tular tanpa diketahui kebenarannya pada masa kini.

“Dengan itu, penting bagi kita memberikan maklumat yang sahih dan benar seperti pelaporan media arus perdana, yang masih memegang etika kewartawanan dan menjaga kepentingan masyarakat,” tambahnya. 

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika menutup kursus “Balancing Virality And Responsibility Journalism Amid Speed, Trust and Impact: An Industry Dialogue” anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama MCMC dan Jabatan Penerangan Malaysia, di The Zenith Hotel, di sini, pada Selasa. 

Hadir sama, Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail. 

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata, media arus perdana juga tidak dinafikan berhadapan cabaran teknologi semasa, selain sebaran berita tular dan pantas. 

Beliau berkata, walaupun berita tular mampu menarik perhatian dalam tempoh singkat, berita yang ditulis dengan penuh tanggungjawab itu jauh lebih penting, khususnya dalam mengekalkan kepercayaan yang dibina sejak lama oleh organisasi media.

Justeru, beliau yakin media arus perdana mampu bersaing dengan cabaran semasa dengan pelaporan berita yang penuh berintegriti. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here