Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
EKSKLUSIF: Kebenaran kemenangan Usno 1971
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
By: Sherell Jeffrey, James Sarda
Text Size:
Text:
EKSKLUSIF: Kebenaran kemenangan Usno 1971
Harris mengakui beliau merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripada strategi gabungan pemerintah ketika itu dan berkata beliau serta pemimpin lain menyerahkan kepada jentera parti untuk merangka strategi tanpa melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Kota Kinabalu: Kemenangan besar Perikatan Sabah pimpinan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) yang menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri kedua pada Oktober 1971 dicapai menerusi satu strategi terancang, apabila bakal calon pembangkang dikatakan diperdaya dengan percutian percuma ke luar negara yang menyebabkan mereka terkandas di luar negara.

Menurut pendedahan eksklusif bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh (gambar) kepada Daily Express baru-baru ini, mereka tidak dapat pulang dengan segera kerana pasport mereka dipegang oleh beberapa anggota Cawangan Khas yang mengiringi rombongan tersebut.

Advertisement
Pilihan raya itu kekal sebagai satu-satunya pilihan raya dalam sejarah politik Malaysia yang berlangsung tanpa pertandingan, apabila kesemua 32 calon Usno dan Persatuan Cina Sabah (SCA) menang tanpa bertanding.

Harris mengakui beliau merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripada strategi gabungan pemerintah ketika itu dan berkata beliau serta pemimpin lain menyerahkan kepada jentera parti untuk merangka strategi tanpa melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here