Fri, 15 May 2026
Headlines:
SFI gagal dapat kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
Text Size:
Text:
SFI gagal dapat kebenaran merayu  ke Mahkamah Persekutuan
SFI turut kehilangan konsesi balak yang sebelum ini dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.
Kota Kinabalu: Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) gagal memperoleh kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan bahawa syarikat itu telah ditutup secara sah dan berada dalam keadaan insolvensi sepenuhnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada Rabu sebulat suara menolak permohonan SFI untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 10 September 2025 dengan kos RM40,000 selepas mendengar hujahan lisan daripada Sabah Development Bank Bhd yang bertindak sebagai pencelah dalam prosiding itu.

Advertisement
Peguam Tengku Datuk Ahmad Fuad yang mewakili Sabah Development Bank Bhd berkata SFI gagal menunjukkan bahawa rayuan ke Mahkamah Persekutuan melibatkan persoalan undang-undang baharu atau kepentingan awam yang memerlukan keputusan mahkamah tertinggi negara.

“Sebaliknya alasan SFI hanya melibatkan pemakaian undang-undang yang telah mantap kepada fakta kes yang khusus. Oleh itu Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju bahawa wujud isu undang-undang baharu atau kepentingan awam yang memerlukan penjelasan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata SFI juga lewat hampir dua tahun dalam menyampaikan Notis Rayuan kepada Sabah Development Bank menyebabkan rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak.

“Bagi isu SFI sebagai syarikat yang telah ditutup, perkara ini kini telah selesai sepenuhnya.

Advertisement
“Masanya telah tiba untuk aset SFI dilupuskan dan pemiutangnya dibayar,” katanya.

SFI turut kehilangan konsesi balak yang sebelum ini dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.

Advertisement
SFI sebagai perayu diwakili peguam S Vanugopal dan J Marimuttu manakala responden Lee Hoon Hoo Transport diwakili peguam Cindy Han.

Syarikat Segalong Sdn Bhd, pencelah kedua diwakili peguam Azimi Yahya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here