Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Penantian 650 pelajar SMK Langkon belum berakhir
Published on: Monday, June 08, 2026
Published on: Mon, Jun 08, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Penantian 650 pelajar SMK Langkon belum berakhir
BANGUNAN SMK Langkon yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu.
KOTA MARUDU: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon yang terbengkalai sejak tahun 2010 masih menjadi penantian kira-kira 650 orang pelajar.

Kesemua pelajar berkenaan sehingga kini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon.

Advertisement
Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah Datuk James Ratib menzahirkan kebimbangan terhadap status projek pembinaan sekolah berkenaan yang dilaporkan masih belum siap walaupun telah terbengkalai selama 16 tahun.

Dalam lawatan ke tapak projek tersebut beliau dimaklumkan bahawa seramai kira-kira 650 murid SMK Langkon terpaksa menumpang di SK Langkon sejak tahun 2010 bagi meneruskan sesi persekolahan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau keadaan yang berlarutan lebih satu dekad itu bukan sahaja memberi kesan kepada aspek kemudahan dan keselesaan pembelajaran, malah turut menjejaskan usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti kepada para pelajar.

“Amat mendukacitakan apabila sebuah projek sekolah yang begitu penting kepada masyarakat setempat masih belum dapat disiapkan selepas 16 tahun. 

Advertisement
“Anak-anak di kawasan Langkon itu berhak menikmati kemudahan pendidikan yang sempurna sebagaimana pelajar lain di negeri ini.

“Seramai 650 murid telah menunggu terlalu lama. Mereka tidak seharusnya terus berdepan dengan situasi menumpang untuk mendapatkan pendidikan yang merupakan hak asas setiap anak-anak,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata isu tersebut memerlukan perhatian dan tindakan segera semua pihak berkaitan memandangkan pendidikan merupakan keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu beliau akan membawa isu berkenaan terus kepada perhatian Menteri Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian segera serta tindakan susulan yang sewajarnya demi memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan disiapkan segera.

James turut berharap kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat diperkukuhkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap projek berkenaan demi kepentingan para pelajar, guru dan komuniti setempat.

“Setiap anak Sabah berhak mendapat akses kepada kemudahan pendidikan yang selamat, selesa dan berkualiti. 

“Kita tidak mahu generasi muda terus menanggung kesan kelewatan projek yang sepatutnya telah lama diselesaikan,” tegasnya.

James berkata beliau memberi jaminan kementeriannya terus memantau perkembangan isu tersebut dan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam usaha mempercepatkan jalan penyelesaian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here