Tue, 9 Jun 2026
Headlines:
Petronas sasar labur hingga RM60 bilion
Published on: Sunday, June 07, 2026
Published on: Sun, Jun 07, 2026
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Petronas sasar labur hingga RM60 bilion
Menurut Bacho, Petronas melabur kira-kira RM500 juta setahun sehingga 2030 untuk mematangkan pembangunan lembangan sempadan baharu, dengan Sabah merangkumi sebahagian besar peluang tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah akan terus memainkan peranan penting dalam keselamatan tenaga jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan Petronas menyasarkan pelaburan tahunan sektor huluan antara RM50 bilion hingga RM60 bilion bagi mengekalkan pengeluaran dua juta tong setara minyak sehari untuk beberapa dekad akan datang.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Datuk Ir Bacho Pilong berkata pelaburan itu penting bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan di samping menyokong pembangunan ekonomi serta peluang masa depan negara.

Advertisement
Berucap pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Sabah (OGSE Sabah) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), beliau berkata permintaan tenaga global terus meningkat meskipun berdepan ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan di Asia Barat.

Beliau berkata satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama antara Petronas dan kerajaan Sabah ialah pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada 2021 yang meningkatkan kerjasama dalam aktiviti huluan, bekalan gas, gas asli cecair (LNG), pelaburan hiliran, pembangunan industri, modal insan dan program komuniti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bacho berkata perjanjian strategik seperti penganugerahan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Kluster Permata dan Perjanjian Prinsip bagi Kluster Mutiara membuktikan momentum berterusan dalam memperluas ekosistem minyak dan gas Sabah.

Menurutnya, Petronas melabur kira-kira RM500 juta setahun sehingga 2030 untuk mematangkan pembangunan lembangan sempadan baharu, dengan Sabah merangkumi sebahagian besar peluang tersebut.

Advertisement
Melangkah ke hadapan, katanya kerjasama serantau akan memainkan peranan semakin penting dalam membuka potensi sumber baharu dengan merujuk kepada kejayaan pengaturan rentas sempadan yang melibatkan Thailand, Vietnam dan Brunei.

“Sabah mempunyai semua elemen untuk muncul sebagai hab tenaga yang lebih kukuh bagi Malaysia dan rantau ini menerusi sumber yang melimpah, kedudukan strategik, infrastruktur yang semakin berkembang, kerjasama yang kukuh dan bakat yang berkeupayaan.

Advertisement
“Apa yang diperlukan sekarang ialah kerjasama berterusan antara Petronas, kerajaan Sabah, pemain industri, pelabur dan komuniti tempatan bagi menterjemahkan peluang ini kepada kemakmuran jangka panjang untuk Sabah dan Malaysia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here