Fri, 5 Jun 2026
Headlines:
Lelaki hilang ketika cari sarang burung di Gua Tepadung
Published on: Wednesday, June 03, 2026
Published on: Wed, Jun 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki hilang ketika cari sarang burung di Gua Tepadung
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu. 
LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 61 tahun dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung, Segama, di sini, pada 26 Mei lalu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ismail Ibrahim dari Sandakan yang dipercayai hilang selepas terpisah daripada dua rakannya.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 11.35 pagi, 31 Mei.

“Maklumat awal mendapati mangsa bersama dua rakannya memasuki Gua Tepadung untuk mencari sarang burung. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang selepas terpisah daripada dua rakannya di kawasan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar berwarna coklat serta kasut getah. Mangsa juga dilaporkan membawa tali untuk aktiviti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dzulbaharin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 2 petang, 31 Mei. Operasi itu turut melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Advertisement
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa atau sebarang maklumat yang boleh membantu operasi diminta menghubungi SM Roniey Lajius di 010-4631071 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, pihak polis akan terus menjalankan operasi pencarian bersama agensi lain dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata jabatan itu menerima maklumat mengenai kejadian daripada polis pada 31 Mei.

Beliau berkata mangsa memasuki gua bersama dua rakannya sebelum dilaporkan hilang apabila kedua-dua rakannya keluar dari gua seketika untuk mencari air.

Rakan-rakannya kemudian segera mencari di kawasan sekitar namun gagal menemui mangsa. Ahli keluarga kemudiannya dihubungi dan mengesahkan mangsa tidak pulang ke rumahnya di Sandakan.

“Operasi SAR diaktifkan pada 31 Mei dan pada hari kedua (1 Jun), operasi bermula jam 9.30 pagi bersama agensi lain. Pencarian hari ini tertumpu di laluan terakhir mangsa dilihat serta kawasan berpotensi berhampiran bagi mengesan sebarang petunjuk yang boleh membantu operasi.

“Tiada liputan GRIN di lokasi berkenaan dan rangkaian telefon juga sangat terhad. Kami berjaya memasuki terowong pertama dan tiba di lokasi terakhir mangsa dilihat,” katanya.

Menurut Sumsoa, pasukan operasi menemukan sebuah bank kuasa (powerbank) yang dipercayai milik mangsa, namun mangsa masih belum ditemui.

Beliau berkata, pasukan SAR turut mengenal pasti sebuah terowong baharu yang boleh diterokai dalam kawasan operasi. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terowong itu belum pernah dimasuki atau diterokai oleh sesiapa sebelum ini.

Tambahnya, operasi ditangguhkan pada jam 4 petang dengan mangsa masih belum ditemui dan pencarian akan disambung semula pada Selasa.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here