LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas kereta Perodua Bezza yang dipandunya terbabas di Jalan Pantai, berhampiran Kompleks Sukan Lahad Datu, di sini, pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.50 pagi.
Advertisement
.gif)
Susulan itu, sepasukan 10 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRTdan sebuah kenderaan EMRS.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat membantu mangsa dan membawanya keluar dari lokasi menggunakan pengusung.
Bagaimanapun, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 8.50 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.