Sun, 17 May 2026
Headlines:
Tangguh AKPS: Warisan sifatkan langkah konstruktif
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tangguh AKPS: Warisan sifatkan langkah konstruktif
Assaffal menyifatkan tindakan itu sebagai langkah konstruktif dan menyeru penyelesaian progresif tanpa mengetepikan tuntutan asal untuk mengembalikan hak eksklusif Negeri.
LAHAD DATU: Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan, Assaffal P. Alian (gambar), menyambut baik keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia di negeri ini.

Assaffal menyifatkan tindakan itu sebagai langkah konstruktif dan menyeru penyelesaian progresif tanpa mengetepikan tuntutan asal untuk mengembalikan hak eksklusif Negeri.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku itu berkata Sabah tidak menolak kerjasama dengan kerajaan Persekutuan, namun menolak sebarang bentuk pemusatan kuasa yang menghakis semangat asal Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata Sabah lebih cenderung kepada pendekatan berasaskan perkongsian kuasa selaras prinsip wilayah berdaulat, berbanding konfrontasi politik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi mengembalikan keseimbangan kuasa MA63, Assaffal mengemukakan beberapa cadangan, termasuk Sabah meneruskan usaha memulihkan kuasa eksekutif melalui semakan pindaan terhadap Akta Imigresen, khususnya di bawah Akta A985 (1997) dan Akta A1154 (2002).

Katanya, pindaan itu secara berperingkat telah memindahkan kuasa pelantikan dan pentadbiran daripada peringkat negeri kepada Kementerian Dalam Negeri, justeru semakan perlu dibuat bagi mengembalikan kuasa berkenaan kepada sumber asal.

Advertisement
“Sebagai langkah segera ke arah pemulihan sepenuhnya, saya mencadangkan pelantikan Pengarah Imigresen Sabah dibuat secara bersama antara kerajaan negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan akauntabiliti yang lebih kukuh kepada kepimpinan Sabah.

“Saya juga mencadangkan penubuhan Majlis Keselamatan Sempadan Sabah yang dipengerusikan Ketua Menteri bagi menyelaras penguatkuasaan imigresen dan agensi keselamatan, termasuk Esscom serta polis.

Advertisement
Dengan majlis ini, Sabah akan dilihat mengemukakan penyelesaian keselamatan bersepadu dan membuktikan kita mampu mengurus keselamatan wilayah sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada agensi Persekutuan yang baharu ditubuhkan,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Assaffal turut mencadangkan perluasan kapasiti operasi Jabatan Imigresen Sabah melalui penambahan sistem radar pesisir, dron pemantauan, bot rondaan dan teknologi biometrik.

Beliau berkata pengukuhan mekanisme penguatkuasaan sedia ada yang berkaitan dengan negeri adalah lebih praktikal berbanding memperkenalkan lapisan Persekutuan tambahan yang boleh merumitkan operasi.

Beliau turut menekankan kepentingan menambah pengambilan anak Sabah dalam peranan penguatkuasaan sempadan kerana mereka lebih memahami keadaan dan komuniti setempat.

Selain itu, Assaffal mencadangkan pembentangan Kertas Putih mengenai pendatang tanpa dokumen dan keselamatan sempadan bagi menilai kesan ekonomi dan sosial yang lebih luas, termasuk tekanan terhadap gaji, peluang pekerjaan dan perkhidmatan awam.

Beliau juga mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan Negeri Sabah mengenai MA63 dan keselamatan sempadan supaya perkara berkaitan autonomi dapat terus dibahaskan secara rasmi oleh wakil rakyat.

Katanya, semua Adun tanpa mengira parti perlu bekerjasama bagi memelihara autonomi imigresen Sabah dan memastikan kedudukan negeri dalam Persekutuan terus dihormati.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here