Tue, 19 May 2026
Headlines:
Sabah teroka kemungkinan guna arang batu: Joachim
Published on: Monday, May 18, 2026
Published on: Mon, May 18, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah teroka kemungkinan guna arang batu: Joachim
Joachim berkata kos purata semasa bagi penjanaan elektrik adalah sekitar 40 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWh) manakala elektrik dijual kepada pengguna pada kadar kira-kira 37 sen setiap kWh menunjukkan kerajaan masih menanggung subsidi.
KUALA PENYU: Sabah sedang meneroka pelbagai pilihan termasuk kemungkinan penggunaan arang batu bagi mengurangkan kos penjanaan elektrik dan mengekalkan tarif mampu milik kepada pengguna, kata Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata arang batu masih merupakan antara sumber bahan api yang lebih murah untuk penjanaan tenaga walaupun penggunaannya terus menimbulkan kebimbangan terhadap alam sekitar di peringkat global.

Advertisement
Katanya, Sabah ketika ini berada dalam kedudukan yang agak positif dari segi keseimbangan karbon, sekali gus membolehkan negeri itu mempertimbangkan arang batu sebagai satu pilihan sekiranya keutamaan diberikan kepada bekalan elektrik mampu milik.

“Namun, jika kita mahu sumber tenaga yang paling bersih maka kita perlu bersedia menanggung kos yang sedikit lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Pesta Kaamatan Kuala Penyu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam serta Ahli Parlimen Beaufort Datuk Aminah Aching.

Joachim berkata demikian ketika mengulas kebimbangan orang ramai berhubung kenaikan bil elektrik yang tular di media sosial baru-baru ini.

Advertisement
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjelaskan kebanyakan aduan itu bukan berpunca daripada pelarasan tarif baharu sebaliknya berkaitan tunggakan bayaran, peningkatan penggunaan elektrik dan isu berkaitan meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar dilaporkan berkata siasatan terhadap beberapa kes tular mendapati kebanyakan aduan melibatkan bil tertunggak, peningkatan penggunaan elektrik isi rumah ketika musim perayaan dan cuaca panas, selain gangguan meter secara haram.

Advertisement
Joachim berkata kos purata semasa bagi penjanaan elektrik adalah sekitar 40 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWh) manakala elektrik dijual kepada pengguna pada kadar kira-kira 37 sen setiap kWh menunjukkan kerajaan masih menanggung subsidi.

“Pada masa ini, kerajaan masih memberi subsidi elektrik. Memang terdapat sedikit kenaikan tarif tetapi ia masih belum mencukupi untuk menampung sepenuhnya kos penjanaan,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri I itu berkata kerajaan negeri bersama penyedia utiliti sedang mengkaji pelbagai kaedah untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kos bagi memastikan kestabilan tarif dalam jangka panjang.

Beliau menegaskan orang ramai perlu memahami hubungan langsung antara kos penjanaan elektrik dan kadar tarif kerana sumber tenaga yang lebih bersih lazimnya memerlukan pelaburan serta kos operasi yang lebih tinggi.

“Kerajaan negeri akan terus mencari keseimbangan terbaik antara memastikan bekalan elektrik yang stabil, tarif mampu milik kepada rakyat dan pemeliharaan alam sekitar.

“Ini penting bagi memastikan Sabah mempunyai sistem bekalan elektrik yang mampan dan berdaya saing serta mampu menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here