Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
280 KIR terbabit kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
280 KIR terbabit kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan
SALAH seorang mangsa kebakaran (kanan) menerima sumbangan dari Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
SANDAKAN: Seramai 280 ketua isi rumah (KIR) yang juga mangsa kebakaran Kampung Bahagia terdiri daripada warga negara Malaysia telah menerima bantuan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada Khamis. 

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sandakan Datuk Walter Kenson berkata bantuan yang disalurkan itu diagihkan kepada semua keluarga terjejas dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang memainkan peranan penting dalam usaha bantuan kemanusiaan tersebut.

Advertisement
Beliau merakamkan penghargaan kepada penyumbang utama termasuk Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Sabah, Sabah Energy Corporation, Yayasan Nur Jauhar, Asian Supply Base dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang telah memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa.

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada badan-badan korporat, NGO serta orang perseorangan yang menyumbangkan pelbagai bentuk bantuan seperti bekalan makanan dan barangan keperluan rumah kepada mangsa yang terlibat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Syabas dan tahniah kepada semua anggota keselamatan serta petugas yang terlibat kerana telah memastikan proses pemindahan mangsa dan penyaluran bantuan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah kritikal,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha pengurusan bencana yang disifatkan sebagai antara cabaran terbesar yang pernah dihadapi daerah itu.

Advertisement
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Sandakan, pengamal media dan agensi kerajaan yang telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang operasi pengurusan bencana berlangsung.

Menurutnya kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua pihak membolehkan pengurusan bencana dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Advertisement
“Apabila kita menguruskan bencana di Sandakan, kita telah menunjukkan satu semangat dan kerjasama yang sangat memberangsangkan. Saya berharap semangat ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut memuji peranan media yang disifatkan berjaya menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan terperinci sehingga membantu mengekalkan keadaan yang stabil serta mengelakkan penyebaran spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Dalam masa sama beliau menyifatkan liputan media yang meluas dan positif telah membantu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha pengurusan bencana serta memperlihatkan kemampuan Sandakan dalam mengendalikan situasi kecemasan secara teratur dan berkesan.

“Peranan media amat penting dalam memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada orang ramai dan kami amat menghargai sumbangan semua pihak yang telah membantu menjayakan operasi ini,” katanya.

Sementara itu pihak berkuasa kini sedang merancang pendekatan terbaik bagi penempatan semula penduduk yang terjejas dengan mengambil kira kesesuaian kawasan, jarak serta kemudahan asas yang diperlukan.

Katanya usaha penempatan semula itu penting memandangkan kawasan yang terlibat merupakan kampung tradisional yang telah lama wujud dan memerlukan perancangan rapi bagi memastikan kesejahteraan penduduk pada masa hadapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here