Thu, 7 May 2026
Headlines:
Karambunai, Likas ungguli Randawi Tavantang Kaamatan
Published on: Wednesday, May 06, 2026
Published on: Wed, May 06, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Karambunai, Likas ungguli Randawi Tavantang Kaamatan
DERIK Kugan dimahkotakan dengan Sigah selepas menjuarai RTK Karambunai.
Kota Kinabalu: Derik Kugan dan Ian Steve Dee Moses masing-masing dinobatkan sebagai juara kategori Karambunai dan Likas bagi Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) pada peringkat akhir yang berlangsung baru-baru ini.

Pertandingan yang menampilkan 10 finalis itu diadakan bersempena acara Sodop Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) di Dewan Sipadan 1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Advertisement
Derik muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan Sigah, manakala Ian meraih RM2,000 berserta trofi. Tempat ketiga dimenangi oleh Ryan Adriel Kario yang menerima RM1,000 dan trofi.

Derik turut mengukuhkan kemenangan apabila menyapu bersih beberapa anugerah sampingan termasuk Mr Intelligent, Rekaan Kontemporari Terbaik dan Personaliti Terbaik (Tohinud).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kedua-dua Derik dan Ian akan mewakili kategori masing-masing ke peringkat akhir negeri yang dijadualkan berlangsung di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada 27 Mei.

Sementara itu segmen Sodop UNK menampilkan 15 finalis yang memperagakan busana kontemporari KDMR.

Advertisement
Anugerah Busana Terbaik dimenangi oleh Cyornnica Johnius menerusi rekaan “Sparkling Rombituan” oleh Jason Jace. Tempat kedua diraih Natalie Ally Hepeni dengan “The Heritage of Huminodun” hasil rekaan Bibi Yap, manakala tempat ketiga dimenangi Ellizlie Timbol Elling dengan “Sia Vusak Linangkit” rekaan Timtimtimothy.

Natalie turut dinobatkan sebagai Miss Natural Beauty, Moza Zetty Lo memenangi Miss Friendly, manakala Denzell Irvin Richard meraih gelaran Miss Favourite. Juara Sodop UNK membawa pulang RM1,500 berserta trofi dan sejambak bunga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here