Thu, 7 May 2026
Headlines:
Bapa didakwa cabul dua anak perempuan
Published on: Tuesday, May 05, 2026
Published on: Tue, May 05, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bapa didakwa cabul dua anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya.

Tertuduh yang dihadapkan di hadapan dua hakim Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan manakala pertuduhan ketiga dan keempat didengar di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap anak perempuannya yang masing-masing berusia 13 dan 12 tahun dengan menyentuh bahagian sulit serta payudara mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa berlaku kira-kira jam 4 petang di sebuah unit kondominium pada 26 Disember 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Memandangkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, hukuman tambahan di bawah Seksyen 16 akta sama turut terpakai yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh selepas dibantah pihak pendakwaan.

Advertisement
Di hadapan Hakim Amir, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis berhujah terdapat kemungkinan tinggi tertuduh mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh bagaimanapun merayu dibenarkan ikat jamin dengan alasan mempunyai tujuh anak dan ingin berjumpa anak bongsunya.

Sementara itu di hadapan Hakim Hurman, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir turut membantah jaminan kerana tertuduh adalah bapa kandung mangsa dan ketika kejadian mereka tinggal serumah.

Tertuduh memaklumkan bahawa anak-anaknya kini tinggal di rumah berasingan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here