Thu, 7 May 2026
Headlines:
Dua lelaki nafi serang guna objek kaca
Published on: Tuesday, May 05, 2026
Published on: Tue, May 05, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua lelaki nafi serang guna objek kaca
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan objek kaca di Penampang pada bulan lalu.

Cheng Khai Kiat, 44, dan Danny Lee Boon Chieh, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara bersama.

Advertisement
Mereka didakwa mencederakan seorang lelaki Chin Kim Lee pada kira-kira jam 11.30 malam, 24 April lalu di Hot Valley, Bundusan, Penampang dengan menggunakan jag kaca dan botol kaca.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mereka turut diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mengganggu atau mengugut mangsa dan saksi pendakwaan.

Advertisement
Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin serta syarat melapor diri dua kali sebulan.

Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Cheng dan Aaron Mark yang mewakili Lee memohon jaminan lebih rendah.

Advertisement
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh berasal dari Semenanjung.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 25 tahun didakwa atas pertuduhan mencuri.

Nor Ina Nordin mengaku tidak bersalah mencuri wang tunai RM989.50 dari peti simpanan sebuah syarikat di premis di Grace Square, Sembulan pada jam 10.48 malam, 12 April lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Jun untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,700 dengan dua penjamin.

Nor Ina turut diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here