Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Kebakaran Kampung Bahagia: Moratorium 6 bulan melalui agensi Kuskop
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kebakaran Kampung Bahagia: Moratorium 6 bulan melalui agensi Kuskop
MOHAMAD (kiri) menyantuni mangsa kebakaran Kampung Bahagia di PPS Dewan PPR Batu Sapi pada Rabu.
SANDAKAN: Usahawan yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Bahagia kini mendapat kelegaan apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperkenalkan moratorium pembiayaan sehingga enam bulan bagi membantu mereka bangkit semula.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pakej penstrukturan semula kewangan yang digerakkan Kuskop bersama agensinya, termasuk Tekun Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), susulan kejadian kebakaran yang menjejaskan kediaman serta perniagaan penduduk baru-baru ini.

Advertisement
Timbalan Menteri Kuskop, Datuk Mohamad Alamin berkata, langkah tersebut penting bagi meringankan beban kewangan mangsa, khususnya usahawan yang kehilangan premis, inventori dan sumber pendapatan.

“Moratorium ini memberi ruang kepada mangsa untuk menyusun semula kewangan mereka tanpa tekanan bayaran balik dalam tempoh terdekat, sekali gus membantu mereka memulakan semula perniagaan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohamad berkata demikian selepas menyalurkan 400 bakul makanan dan barangan keperluan asas kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PPR Batu Sapi dan SK Kampung Gas, pada Rabu. 

Di bawah pakej itu, Tekun Nasional menawarkan moratorium sehingga enam bulan, penjadualan semula pembiayaan serta kebenaran pengeluaran simpanan.

Advertisement
Pembiayaan bertindih (overlapping) turut disediakan sebagai suntikan modal tambahan. Bank Rakyat pula menyediakan moratorium ansuran bulanan sehingga enam bulan bagi pelbagai produk pembiayaan termasuk perumahan, kenderaan dan peribadi, manakala AIM menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi tempoh sama.

Melalui Tabung Kesejahteraan dan Manfaat Sahabat (TKKS), usahawan AIM yang terjejas juga layak menerima bantuan tunai sehingga RM5,000, selain bantuan RM50 sehari bagi mereka yang menerima rawatan di hospital.

Advertisement
Seramai 70 usahawan merangkumi usahawan AIM dan Bank Rakyat serta tujuh kooperasi dengan kira-kira 300 ahli, yang terjejas akibat kebakaran itu menerima manfaat tersebut. 

Kuskop turut menyalurkan pelbagai bantuan tambahan melalui 10 agensinya termasuk barangan persekolahan, pakaian, bantuan tunai serta bantuan kewangan kepada pelajar yang terjejas.

Mangsa kebakaran yang terkesan disaran menghubungi pejabat cawangan agensi berkaitan bagi mempercepatkan urusan dokumentasi dan penyaluran bantuan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertindak sebagai penyelaras utama bagi misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here