AGAK lama tidak mendengar perkhabaran terbaru daripada juara Sugandoi Kaamatan Negeri 2025, Kimberley Myra Terence.
Awal bulan ini, Kimberley tampil dengan single kedua berjudul Bayang Dalam Cahaya selepas kali terakhir muncul dengan lagu Sabah Di Hatiku feat Yunk-G pada 2023.
Kimberley mengakui kekangan masa dan fokus terhadap kerjaya hakiki menyebabkan dia menyepi dalam arena seni sejak kebelakangan ini.
“Sebenarnya, saya fokus kepada pekerjaan saya sebagai penjawat awam jadi masa saya agak terhad.
Advertisement






