Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Galak sekolah luar bandar pohon kemudahan pertanian
Published on: Sunday, April 26, 2026
Published on: Sun, Apr 26, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Galak sekolah luar bandar pohon kemudahan pertanian
RUSLAN (kedua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar terbaik.
BEAUFORT: Sekolah-sekolah di kawasan luar bandar digalakkan lebih proaktif dalam memperkasakan bidang pertanian melalui permohonan peruntukan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Keterjaminan Makanan (Maffi) khususnya bagi kemudahan Rumah Hijau.

Pembantu Menteri Maffi Datuk Ruslan Muharam berkata permohonan bagi kemudahan itu ketika ini lebih banyak diterima daripada sekolah di kawasan bandar manakala penyertaan sekolah luar bandar masih berada pada tahap rendah.

Advertisement
“Kebanyakan sekolah-sekolah di bandar sudah banyak mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan ini namun sekolah luar bandar masih kurang mengambil peluang berkenaan.

“Justeru kita mahu pihak sekolah di luar bandar tampil lebih ke hadapan dan mengambil inisiatif dengan memohon bantuan sama yang sudah tentu memberi manfaat kepada pelajar,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here