Wed, 22 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
‘Dua isu dedahkan pemikiran cetek pemimpin Warisan’
Published on: Monday, April 20, 2026
Published on: Mon, Apr 20, 2026
Text Size:
Text:
‘Dua isu dedahkan pemikiran cetek pemimpin Warisan’
Aksyah berkata berdasarkan kenyataan terkini pemimpin Warisan, jelas mereka kurang maklumat dan “berfikiran cetek”, hanya menumpukan isu separuh masak dalam usaha mengelirukan rakyat Sabah.
Kota Kinabalu: Aktivis politik Aksyah Nasrah mendakwa isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah dan tanah di Sebatik menjadi penanda aras dalam membezakan antara pemimpin berkualiti yang mempunyai komitmen politik jelas dengan mereka yang sekadar mengelirukan rakyat.

Beliau berkata kenyataan seorang pegawai istana Indonesia yang mendakwa bahawa 127.3 hektar tanah di Sebatik kini milik Indonesia digunakan oleh Parti Warisan untuk menjejaskan kredibiliti Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Aksyah berkata berdasarkan kenyataan terkini pemimpin Warisan, jelas mereka kurang maklumat dan “berfikiran cetek”, hanya menumpukan isu separuh masak dalam usaha mengelirukan rakyat Sabah.

“Begitu juga dengan isu tuntutan 40 peratus sebelum ini, pemimpin Warisan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dilihat sengaja untuk menimbulkan kekeliruan seolah-olah kerajaan GRS-Perpaduan di bawah pimpinan Hajiji tidak serius.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun apabila sekumpulan pemimpin berhimpun berkaitan tuntutan 40 peratus itu, tiada seorang pun pemimpin Warisan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan.

Aksyah berkata perkara itu berbeza sama sekali dengan Hajiji yang disifatkannya memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif utama bagi memastikan kejayaan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.

Advertisement
Katanya kemajuan berterusan Ketua Menteri dalam projek pembangunan infrastruktur serta inisiatif peralihan tenaga mencerminkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“Inilah yang dimaksudkan dengan komitmen politik. Prestasi dan ketekunan Ketua Menteri turut mendapat perhatian pemimpin utama Kerajaan Persekutuan.

Advertisement
“Sebagai contoh, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri menyerahkan 83 projek bekalan air luar bandar kepada Kerajaan Sabah untuk dilaksanakan. Ini merupakan tanda kepercayaan yang jelas,” katanya.

Aksyah turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kenyataan pemimpin Warisan yang disifatkannya sebagai “panas tetapi separuh masak”.

Beliau berkata pihak pembangkang gagal berfungsi dengan berkesan kerana selain menonjolkan diri sebagai “wira Sabah”, mereka tidak membawa isu atau penyelesaian yang bermakna.

“Ringkasnya, isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah dan tanah Sebatik boleh dijadikan penanda aras antara pemimpin berkualiti dengan komitmen politik jelas dan mereka yang berfikiran cetek serta mengelirukan pemikiran rakyat,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here