Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh
Alat penimbang tamat tempoh.
LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan mengeluarkan notis kompaun kepada seorang peniaga runcit di kawasan pinggir bandar Labuan selepas didapati menggunakan alat timbang tamat tempoh sah bagi tujuan perdagangan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Amiluddin Malang berkata kesalahan itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dijalankan anggota penguat kuasa KPDN ke atas premis berkenaan.

Advertisement
Pemeriksaan lanjut mendapati peniaga terbabit masih menggunakan alat timbang jenis neraca spring yang tempoh sah penentusahan semulanya telah luput sejak 13 Oktober 2014.

“Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 14, Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71],” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jika disabitkan kesalahan individu terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu KPDN Labuan menegaskan semua peniaga supaya memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan sentiasa ditentusahkan serta berada dalam tempoh sah oleh pembaik berlesen bagi menjamin ketepatan sukatan dan melindungi kepentingan pengguna.

Advertisement
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here