Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Nama disalah guna, UMS nafi terlibat anjur persidangan
Published on: Saturday, April 18, 2026
Published on: Sat, Apr 18, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Nama disalah guna, UMS nafi terlibat anjur persidangan
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaay menafikan pihaknya terlibat dalam penganjuran persidangan yang menggunakan nama universiti itu tanpa kebenaran.

Menurut Pusat Komunikasi Korporat UMS, terdapat beberapa laman sesawang mempromosikan program seperti International Global Multidisciplinary Engineering Conference (IGMEC) dan International Conference on Biomedical Engineering & Instrumentation (ICBEI) dengan mendakwa ia dianjurkan UMS, sedangkan perkara itu tidak benar.

Advertisement
Menurut UMS, laman sesawang itu turut menggunakan nama pensyarahnya termasuk Prof Dr Rodeano Roslee sebagai pengucaptama tanpa pengetahuan atau kebenaran pihak universiti mahupun individu terbabit.

Sehubungan itu, UMS menegaskan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama universiti, fakulti atau kakitangan akademik bagi tujuan mempromosikan program berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“UMS memandang serius perkara ini kerana ia berpotensi mengelirukan orang awam serta mencemarkan reputasi universiti. Justeru, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

UMS turut menasihati orang ramai khususnya warga akademik supaya sentiasa membuat semakan sewajarnya bagi memastikan kesahihan mana-mana program, seminar atau persidangan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan universiti terbabit.

Advertisement
“Pihak universiti juga menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti seumpamanya atau penggunaan nama UMS yang mencurigakan kepada pihak universiti bagi tujuan pengesahan dan tindakan segera.

“Segala maklumat rasmi berkaitan program universiti hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi UMS,” menurut kenyataan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here