Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Sebahagian data dipadam berjaya dipulihkan
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Sebahagian data dipadam berjaya dipulihkan
Kota Kinabalu: Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Koroner pada Khamis bahawa daripada 15 telefon bimbit yang dianalisis dalam inkues Zara Qairina Mahathir, terdapat peranti yang mengandungi maklumat telah dipadam namun sebahagiannya berjaya diekstrak semula menggunakan perisian XRY walaupun ada data yang tidak dapat dipulihkan.

Penganalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer ASP Mohd Zaidi Abu Hassan yang mempunyai pengalaman 19 tahun dalam bidang itu berkata sebahagian maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit berjaya diperoleh semula melalui analisis menggunakan perisian berkenaan.

Advertisement
“Saya menggunakan perisian XRY untuk menganalisis telefon bimbit bagi mendapatkan data seperti senarai kenalan, imej, video, WhatsApp, SMS dan data media sosial. Perisian ini juga boleh menganalisis kad memori dan kad sim.

“Dalam kes ini saya dapat mengekstrak data yang dipadam daripada iPhone namun bagi telefon Android, data yang dipadam tidak dapat diekstrak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Berdasarkan keupayaan perisian XRY terdapat telefon yang berjaya menghasilkan data dan ada juga yang tidak.

“Bagi telefon yang mengandungi data dipadam, saya tidak menumpukan kepada maklumat tertentu sebaliknya hanya mengekstrak apa sahaja data yang boleh diperoleh oleh perisian tersebut sama ada data itu telah dipadam atau tidak,” katanya.

Advertisement
Mohd Zaidi turut memaklumkan bahawa semua bahan bukti diterima dalam keadaan baik kecuali tiga item dan kesemua bahan tersebut diterima daripada anggotanya.

Menurutnya selepas menerima bahan bukti untuk dianalisis, beliau terlebih dahulu memastikan telefon berfungsi, memeriksa sama ada ia dilindungi kata laluan sebelum menyambungkannya ke komputer untuk proses pengekstrakan menggunakan perisian XRY.

Advertisement
Bagi memastikan integriti bahan bukti tidak terjejas, semua peranti disimpan dalam kabinet berkunci di stor bahan bukti dan hanya beliau mempunyai akses.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa penyerahan pertama yang diterima pada 8 Ogos 2025 dianalisis pada 11 Ogos 2025 manakala penyerahan kedua yang diterima pada 19 Ogos 2025 dianalisis pada 20 Ogos 2025.

Katanya beliau mengambil masa enam hari untuk menganalisis penyerahan pertama kerana melibatkan 11 telefon bimbit berbanding tiga hari bagi penyerahan kedua yang hanya melibatkan empat peranti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here