KETIKA bertugas di Kuala Lumpur, bekas penyampai radio Addnan Saripuddin tidak berkesempatan meraikan raya pertama bersama keluarga di Keningau.Berbeza tahun ini, Addnan bersyukur dapat menyambut hari pertama Aidilfitri di kampung halaman.
“Setiap tahun beraya memang akan berbeza. Lapan tahun bersama Era Sabah biasanya akan sibuk dengan program-program raya yang dianjurkan oleh stesen tetapi masih dapat pulang beraya pada raya pertama dan seterusnya.
“Cuma sebelum ini dua tahun di Kuala Lumpur (KL) bersama Era Sabah memang tiada kesempatan balik beraya pada Hari Raya pertama.
“Tetapi saya tidak terlalu ralat sebab sudah pernah merasa tidak berpeluang pulang beraya semasa bekerja di sektor swasta selama tiga tahun juga di KL sebelum ini.
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.







