Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan mengamuk, pecah cermin kereta bapa
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan mengamuk, pecah cermin kereta bapa
PERODUA Kancil yang dipecahkan suspek.
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki berumur 28 tahun yang disyaki memecahkan cermin Perodua Kancil bapanya ketika mengamuk dalam kejadian di Kampung Durian, Merotai Besar, di sini, pada Rabu. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 9.17 pagi daripada kakak suspek yang memaklumkan tindakan agresif adiknya di rumah mereka. 

Advertisement
“Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, suspek tiba-tiba mengamuk tanpa sebab sebelum merosakkan kenderaan bapanya yang diparkir di kawasan rumah,” kata Jasmin dalam kenyataan pada Khamis. 

Katanya, siasatan awal mendapati suspek sering mengamuk dan merosakkan barangan di rumah sekiranya permintaannya tidak ditunaikan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suspek juga dikatakan kerap meminta wang serta meminjam motosikal daripada ahli keluarganya. Susulan laporan dibuat oleh kakaknya, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai digerakkan ke lokasi dan berjaya memberkas suspek sekitar jam 11.20 pagi di hadapan rumah keluarga itu.

Jasmin berkata polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bertindak ganas atau melakukan khianat walaupun melibatkan ahli keluarga sendiri.

Advertisement
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak di luar kawalan ketika berdepan tekanan atau konflik sebaliknya mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here