Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth II sedang mencari waris kepada seorang lelaki dewasa tidak dikenali
(gambar), yang disahkan meninggal dunia di Wad Perubatan Tambahan pada 25 Februari, tahun ini, jam 1.33 petang.
Sehingga kini, tiada ahli keluarga tampil untuk tujuan pengecaman atau menuntut jenazah berkenaan.
“Orang ramai yang mungkin kehilangan ahli keluarga lelaki baru-baru ini atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak hospital bagi membantu proses pengecaman,” kata Pengarah Hospital Dr Ferro Firdaus Ibrahim dalam kenyataan pada Khamis.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai gemulah atau ahli keluarganya diminta menghubungi Unit Forensik Hospital HQEII di 088-234600 (Sambungan 4000 / 4001).