Kota Kinabalu: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah giat mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu proses siasatan melibatkan kes jenayah dadah.
Menurut JSJN Sabah, kedua-dua individu terbabit diperlukan bagi melengkapkan siasatan di bawah rujukan kes Penampang/000821/2026.
Individu pertama dikenali sebagai Choy Weng Hong, 35, yang mempunyai alamat terakhir di Taman Seri Mega 1, Kepayan, Penampang. Individu kedua ialah Yam Chee Feng, 33, yang beralamat di Kuala Menggatal, di sini.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan kedua-dua lelaki ini diminta segera tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Maklumat juga boleh disalurkan secara terus melalui talian rasmi 088-454650 atau 088-454222.