Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas di Sabah
Published on: Monday, February 23, 2026
Published on: Mon, Feb 23, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan teliti projek tebatan banjir  di kawasan kerap terjejas di Sabah
Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata pada masa sama kerajaan terus memantau rapat situasi banjir semasa dengan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin.
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan akan meneliti pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan yang sering terjejas banjir di Sabah sebagai langkah jangka panjang menangani bencana itu yang semakin kerap berlaku akibat perubahan cuaca dan pemanasan global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata fenomena cuaca ekstrem yang berlaku bukan sahaja di Sabah malah di seluruh dunia menuntut pendekatan lebih menyeluruh termasuk meneliti pembinaan infrastruktur tebatan banjir.

Advertisement
“Sebenarnya ini isu pemanasan global, isu alam sekitar. Memang sekarang ini dengan peningkatan suhu dunia dan perubahan cuaca menyebabkan banjir semakin kerap.

“Jadi di pihak kerajaan kita akan meneliti, yang pertama tentang projek tebatan banjir. Ini yang kita boleh laksanakan. Projek tebatan banjir dan di tempat yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Ukhuwah Madani di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata pada masa sama kerajaan terus memantau rapat situasi banjir semasa dengan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin.

“Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga kita gerakkan untuk pergi ke setiap PPS dan melihat keperluan serta kebajikan mangsa banjir.

Advertisement
“Saya akan membantu dari segi mempercepatkan, pergerakan agensi berkaitan ke lokasi banjir dan yang sumbangan yang akan diberikan kepada yang mendaftar di pusat penempatan sementara di semua tempat,” katanya.

Mustapha berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada pemantapan sistem penyaluran maklumat dan amaran awal cuaca agar penduduk di kawasan berisiko dapat membuat persediaan lebih awal.

Advertisement
Setakat 12 tengah hari Ahad, jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga pada 8 pagi hari sama.

Bencana banjir di daerah Kota Marudu diisytiharkan pulih sepenuhnya pada 11 pagi Ahad susulan keadaan cuaca yang bertambah baik dan paras air yang telah surut, namun daerah Pitas, Paitan dan Tawau masih terjejas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here