Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah berpotensi jadi hab maritim serantau
Published on: Sunday, February 22, 2026
Published on: Sun, Feb 22, 2026
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
Sabah berpotensi jadi hab maritim serantau
PEMANDANGAN pesisir Monaco semasa Pertunjukan Kapal Layar Monaco 2024. Gambar kiri, Dick FF Yong.
Kota Kinabalu: Kerjasama antara 10X Development Group (10X) dan Yacht Club de Monaco (YCM), yang diinspirasikan daripada kerangka “La Belle Classe Destination” yang diiktiraf di peringkat global, mencerminkan aspirasi Sabah untuk meningkatkan infrastruktur marina, menarik pelancongan maritim bernilai tinggi serta membangunkan ekosistem nautika bertaraf dunia.

“10X ialah syarikat pelaburan dan pembangunan bersepadu yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti pesisir dan tepi air secara mampan. Kami menyasarkan impak positif, memperkukuh ekonomi tempatan dan meningkatkan nilai kawasan pesisir,” kata Pengarah Urusannya Dick FF Yong.

Advertisement
Beliau berkata syarikat itu membangunkan marina, pelabuhan, bandar peranginan dan daerah tepi air bandar dengan menggabungkan modal jangka panjang, kepakaran operasi serta komitmen kukuh terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Yong membayangkan Sabah muncul sebagai ibu kota pelayaran dan maritim rekreasi Asia Tenggara, disokong komuniti maritim yang berkembang di bandar pesisir negeri ini dengan kesedaran ekologi yang tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kehadiran DP World di Sabah sebagai pengendali infrastruktur pelabuhan membuktikan potensi maritim negeri berkenaan.

Beliau menambah 10X kini bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mentransformasikan destinasi pesisir menerusi tiga strategi utama iaitu memperbaharui bandar pesisir sedia ada yang mempunyai infrastruktur marina atau pelabuhan, menjenamakan semula destinasi pelancongan bagi meningkatkan daya tarikan serta menyelaras semula keutamaan pembangunan bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Advertisement
“Sabah menarik perhatian kami kerana dasar mesra perniagaan serta kedudukan strategiknya di Asia Tenggara.

“Namun begitu, kami berharap kerajaan dapat bekerjasama dengan sektor swasta seperti kami bagi memudah cara pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta dasar pelabur yang lebih mesra,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menyatakan hasrat untuk membangunkan projek yang selari dengan kekayaan alam semula jadi dan warisan sejarah Sabah, sekali gus memastikan pembangunan yang dilaksanakan memperkukuh kelebihan sedia ada negeri itu.

“Kami percaya kelestarian sebenar melangkaui usaha meminimumkan impak alam sekitar semata-mata. Ia melibatkan pembinaan komuniti yang berkembang maju, di mana pertumbuhan ekonomi, keterangkuman sosial dan penghormatan terhadap alam sekitar bergerak seiring secara seimbang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here