SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat, Alex Thien mencadangkan agar pusat rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dibuka segera di Sabah.
Beliau berkata kemudahan itu penting agar pencarum di negeri ini yang memerlukan rawatan pemulihan tidak lagi perlu dihantar ke pusat rehabilitasi pertama negara yang terletak di Melaka.
“Ketika ini rakyat Sabah yang memerlukan rawatan rehabilitasi terpaksa berdepan tempoh menunggu yang panjang, jarak perjalanan jauh daripada keluarga serta kos yang tinggi.
“Meskipun pencarum menerima sokongan daripada pihak Perkeso, faktor berkaitan jarak dan kos juga perlu diambil kira.
Advertisement





