Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Konsulat mampu lonjak pelancongan, perdagangan Sabah-India
Published on: Sunday, February 22, 2026
Published on: Sun, Feb 22, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Konsulat mampu lonjak pelancongan, perdagangan Sabah-India
Penasihat Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah, Datuk Abdul Kadir M.E. Sikkandar
PENUBUHAN Konsulat India di Sabah akan meningkatkan sektor pelancongan selain memperkukuh hubungan perdagangan dan kerjasama dua hala antara Sabah dan India, kata Penasihat Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah, Datuk Abdul Kadir M.E. Sikkandar.

Beliau berkata Sabah berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat pasaran pelancongan keluar dari India yang kini berkembang dengan ketara, malah banyak destinasi utama dunia sudah menikmati lonjakan ketibaan pelancong dari negara itu.

Advertisement
“Saya baru pulang dari Bangkok dan terkejut melihat begitu ramai pelancong India di taman safari dan pelbagai lokasi pelancongan.

“Dalam satu pertunjukan ikan lumba-lumba, kira-kira 9,000 daripada 10,000 penonton adalah warga India.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika cadangan ini direalisasikan di Sabah, ia pasti memberi manfaat besar kepada sektor pelancongan,” katanya, menambah beliau jarang melihat pelancong India berkunjung ke Sabah ketika ini.

Abdul Kadir, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, berkata demikian ketika menghadiri program derma darah syarikat itu di BTC Bistro, Inanam, yang disertai kira-kira 50 kakitangan bagi membantu hospital kerajaan menambah bekalan darah.

Advertisement
Beliau berkata destinasi seperti Singapura, Dubai dan Bangkok berjaya menarik jumlah pelancong India yang tinggi walaupun kos percutian di bandar-bandar tersebut agak mahal.

“Ramai keluarga India juga gemar menganjurkan majlis perkahwinan destinasi serta acara berskala besar di luar negara.

Advertisement
“Saya masih ingat sekumpulan individu kaya dari India pernah menempah keseluruhan sebuah resort lima bintang di Sabah untuk majlis perkahwinan, malah membawa seorang pelakon terkenal Bollywood bagi memeriahkan acara itu,” katanya.

Beliau menegaskan pelancong India bukan pelancong berbelanja rendah, sebaliknya ramai dalam kalangan mereka mempunyai kemampuan kewangan tinggi dan cenderung melancong secara mewah.

Katanya, walaupun Singapura dikenali sebagai destinasi mahal, negara itu tetap menerima kunjungan besar pelancong India, namun tahap kesedaran mereka terhadap Sabah masih rendah.

“Mereka kenal Langkawi tetapi tidak tahu di mana Sabah berada,” katanya sambil menambah pelancong India amat meminati tarikan semula jadi seperti pulau, pantai dan hutan tropika — kelebihan yang dimiliki Sabah melalui kepelbagaian flora, fauna dan hidupan liar.

Beliau menyifatkan pihak yang menentang cadangan konsulat tersebut sebagai berpandangan singkat kerana Sabah mempunyai kelebihan semula jadi yang mampu menandingi destinasi buatan di rantau ini.

“Apabila saya tunjukkan gambar pantai, pulau dan Gunung Kinabalu kepada mereka, ramai terkejut dan menunjukkan minat untuk datang. Jika kita berjaya menarik hanya 0.1 peratus sahaja, kesannya sudah cukup besar kepada industri pelancongan Sabah,” katanya.

Selain pelancongan, Abdul Kadir berkata konsulat itu juga berpotensi membuka lebih banyak peluang perdagangan memandangkan Sabah sudah lama mengeksport minyak sawit ke India, selain berpotensi memperluas eksport produk tempatan lain.

Beliau turut berharap penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan bandar utama India seperti Chennai atau Mumbai dapat diwujudkan bagi meningkatkan kesalinghubungan dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here