Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Jurutera tawar nasihat, bantuan
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
Text Size:
Text:
Jurutera tawar nasihat, bantuan
SONG menyerahkan memorandum kepada Dr Joachim.
Kota Kinabalu: Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (Acem) cawangan Sabah memperkukuh peranannya sebagai rakan teknikal utama negeri dengan mengemukakan memorandum rasmi kepada Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, pada Jumaat.

Delegasi diketuai Pengerusi Acem Sabah Ir. Benny Song dan disertai Setiausaha Kehormat Datuk Ir Ts Dr Amarjit Singh, ahli jawatankuasa eksekutif Ir Tan Koh Yon dan Ir Mohd Arzahri, serta bekas pengerusi Ir Ts Tan KJ dan Ir Lee Tet Fon, menekankan komitmen persatuan itu dalam menyokong pembangunan fizikal dan infrastruktur Sabah.

Advertisement
Benny membentangkan beberapa cadangan utama, bermula dengan dasar “Sabah First Policy” yang dicadangkan bagi mengutamakan Amalan Perundingan Kejuruteraan (ECP) berdaftar di Sabah untuk projek dibiayai Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Dasar itu bertujuan memastikan yuran projek kekal dalam ekonomi tempatan selain memanfaatkan kepakaran teknikal khusus jurutera berpangkalan di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi menangani kesesakan lalu lintas di ibu negeri, Acem Sabah menawarkan kumpulan kerja teknikal khusus untuk membantu merangka Pelan Induk Pengangkutan Awam yang komprehensif, dengan pendekatan penyelesaian kejuruteraan moden dan mampan.

Persatuan itu turut mencadangkan pembentukan pasukan petugas bersama Jabatan Kerja Raya (JKR)-Acem bagi merangka dan menyeragamkan Garis Panduan Penilaian Impak Trafik (TIA) Sabah, memastikan pertumbuhan trafik masa depan diurus berdasarkan penanda aras saintifik dan konsisten.

Advertisement
Perbincangan juga menyentuh usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran menerusi Koridor Utiliti Sabah (KUS). Acem memohon penjelasan mengenai aliran kerja antara kementerian dan KUS bagi memastikan konsep “agensi sehenti” benar-benar mengurangkan birokrasi serta mempercepat kelulusan utiliti bagi projek kejuruteraan kritikal.

Pada akhir pertemuan, Song menegaskan kerjasama erat antara kementerian dan profesional tempatan mampu mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.

Advertisement
Persatuan merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri atas kesudian meluangkan masa dan sokongan dalam memajukan pembangunan infrastruktur Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here