Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Persatuan Murut Sabah perkenal sistem penggiliran jawatan presiden
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Persatuan Murut Sabah perkenal sistem penggiliran jawatan presiden
Rubin berkata langkah itu dibuat bagi memberi ruang kepada lebih ramai pemimpin dalam kalangan masyarakat Murut untuk menerajui pertubuhan berkenaan pada masa akan datang.
Tenom: Persatuan Murut Sabah (PMS) mengumumkan perancangan melaksanakan sistem penggiliran bagi jawatan presiden persatuan berkuat kuasa tahun depan.

Presiden PMS Datuk Rubin Balang berkata langkah itu dibuat bagi memberi ruang kepada lebih ramai pemimpin dalam kalangan masyarakat Murut untuk menerajui pertubuhan berkenaan pada masa akan datang.

Advertisement
“Peralihan jawatan presiden akan dilaksanakan menerusi sistem giliran yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam mesyuarat dalaman melibatkan setiap persatuan subetnik Murut secara bergilir.

“Jawatan Presiden Murut akan digilirkan setiap dua atau tiga tahun mengikut perlembagaan yang dipersetujui nanti supaya dalam satu-satu giliran itu subetnik Murut seperti Timugon, Tahol, Kolor, Paluan, Nabai, Tanggala, Tanggara, Binta dan Bookan akan berpeluang untuk mengetuai persatuan,” Katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah (PEMTS) sesi 2026–2028 pada Khamis.

Dalam pada itu Rubin menyatakan proses terbabit bertujuan memperkukuh penyertaan akar umbi serta memantapkan struktur kepimpinan persatuan secara lebih inklusif dan tersusun.

Advertisement
Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan aktif ahli di semua peringkat amat penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan suara serta aspirasi masyarakat Murut secara keseluruhan.

Menurutnya lagi penyusunan semula itu diyakini mampu meningkatkan kecekapan pentadbiran, memperluas jaringan kerjasama strategik serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli persatuan sekali gus menjadikannya sebagai satu payung utama yang menyatukan seluruh subetnik Murut di bawah satu wadah perjuangan yang tersusun serta inklusif.

Advertisement
Tambah beliau PMS melalui pendekatan sama akan berfungsi sebagai platform penyelarasan dasar serta hala tuju bersama selain menjadi suara kolektif masyarakat Murut dalam memperjuangkan kepentingan mereka di peringkat negeri dan nasional.

Dalam masa yang sama beliau menekankan kepentingan pemeliharaan adat, warisan dan budaya agar identiti masyarakat Murut terus terpelihara serta dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here