Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pelan jangka panjang tangani banjir Beaufort
Published on: Sunday, February 15, 2026
Published on: Sun, Feb 15, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pelan jangka panjang tangani banjir Beaufort
RUSLAN (tiga dari kanan) dan Matbali (empat dari kanan) berbincang dengan pegawai Jabatan Kerja Raya semasa tinjauan banjir di Kampung Gadong.
BEAUFORT: Langkah komprehensif dicadangkan bagi mengurangkan masalah banjir di daerah ini termasuk mendalamkan serta melebarkan beberapa sungai selain membina terusan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata pelan jangka panjang itu melibatkan Sungai Kebunau, Sungai Nusung, Sungai Kebajang, Sungai Gemarit Lago dan Sungai Rantis.

Advertisement
“Sungai-sungai berkenaan sebelum ini lebar dan dalam namun kini menjadi cetek serta sempit akibat pemasangan banyak pembetung dan proses pemendapan semula jadi khususnya Sungai Kebunau di Kampung Gadong.

“Apabila sungai menjadi cetek dan sempit, kerja-kerja pengorekan dan pelebaran perlu dilaksanakan bagi memastikan aliran air ke laut lebih lancar ketika banjir berlaku,” katanya ketika ditemui semasa tinjauan banjir bersama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah di beberapa lokasi terjejas pada Khamis lalu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here